Ujian Pencarian Permata Pintar UKM1

Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Pencarian Murid Pintar & Berbakat (UKM1) akan dibuka dan boleh diakses secara dalam talian bermula 1 Februari 2024 hingga 15 Jun 2024.


Panduan Menjawab Ujian

Sila rujuk link: Panduan Menjawab Ujian UKM 1.


Siapa Yang Layak Menduduki Ujian?

Mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia, dan berumur antara 8 hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil ujian UKM1.


  • Murid Islam : 8 tahun / Tahun 2
  • Murid pelbagai agama / bangsa : 9 – 15 tahun / Tahun 3 – Tingkatan 3


Apakah Program Pencarian Murid Pintar & Berbakat Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM1?

    Program Pencarian Murid Pintar dan Berbakat dilaksanakan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada setiap tahun.


    Pencarian ini disasarkan kepada murid berumur 8 hingga 15 tahun di seluruh negara. Saringan mengenali murid pintar dan berbakat ini meliputi Ujian Saringan UKM1, UKM2 dan UKM3.

    

    Ia adalah bagi mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini.

    

    Bagi kemasukan ke program pintar dan berbakat, murid-murid perlu melepasi UJIAN SARINGAN UKM1, UKM2 dan UKM3 sebelum ditawarkan ke Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat.

    

    Setiap tahun, ujian UKM1 dilaksanakan secara dalam talian bermula pada 1 Februari sehingga 31 Mei.


    Ujian Saringan UKM1 terbuka kepada semua murid pelbagai bangsa berumur 9 hingga 15 tahun, manakala bagi murid beragama Islam ia dibuka kepada murid seawal usia 8 tahun hingga 15 tahun.


    Para ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka untuk mengambil ujian ini atau mendaftar secara kelompok di sekolah-sekolah anak mereka melalui laman web https://ukm1.permatapintar.ukm.my/ .


    Carta Alir di bawah menerangkan tatacara kemasukan pelajar ke Kolej GENIUS@Pintar, UKM.



Cara Permohonan

Murid-murid yang berkelayakan dipelawa untuk menduduki ujian saringan ini melalui link berikut:https://ukm1.permatapintar.ukm.my/



Previous Post Next Post